BERA. 05 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada 2 orang asnaf iaitu En. Mohamad Syafie Bin Abdul Manaf yang menerima bantuan berupa Khind Oven, Pensonic Chest Freezer Single Door, Khind Stand Mixer, Pensonic Steamer dan Panasonic Blender dengan kos sebanyak RM 2,800.00 . Manakala En Mohd Yusni Bin Tajudin menerima bantuan Midea Chiller, Milux Chest Freezer Single Door dan Khind Stand Mixer dengan kos sebanyak RM 3,000.00. Kedua-dua mereka berasal dari Felda Kumai Bera. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera.