RAUB. 26 November 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam melayu Pahang Cawangan Raub telah melaksanakan Program Pengimarahan Surau Perkampungan Masyarakat Orang Asli Bilut,,Raub. Program ini telah mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Islam,Penggerak JAKIM yang ditempatkan di kamung tersebut. Objektifnya adalah untuk beramah mesra dengan penduduk kampung, Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, pertandingan mewarna, kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Guru Briged MUIP dan penyampaian sumbangan barang kering bagi aktiviti keagamaan di surau tersebut.Penduduk kampung menzahirkan penghargaan kepada pihak MUIP kerana sudi menziarahi kampung dan menyampaikan sumbangan.Program tersebut telah berjalan dengan jayanya di atas kerjasama semua pihak yang terlibat