JENGKA. 25 November 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka telah mengadakan program semarak cinta rasul bersama penduduk KOA Sg. Bangkong. Program bermula dengan berselawat beramai- ramai Kelling Kampung bersama penduduk Kampung yang di ketuai oleh Penolong Pegawai Dakwah Jengka dan Jerantut Ust Adib Zaim.
Diantara pengisian yang lain ialah selepas solat maghrib diadakan tazkirah dan selawat keatas nabi saw yang dipimpin oleh Ust Afif Aisar Ketua Penolong Qadhi Daerah Maran bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Program disusuli dengan pemberian sumbangan oleh pihak ABIM Pahang kepada kanak-kanak KOA yang bersekolah.
Program ini bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka (PAID), Pengerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM) danTenaga Briged Dakwah KOA Sg.Bangkong.