BERA. 25 November 2020 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM & juga Pembantu Pengurusan Islam Masyarakat Asli (PEPIMA) PETAMA telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Orang Asli Bukit Gemuruh Bera. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan surau, petandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan kuiz, solat maghrib dan isyak berjemaah, ceramah maulidur rasul dan juga mengedarkan borang bantuan hari raya orang asli untuk tahun 2021. Program tersebut telah bermula dari jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 10.30 malam. Kehadiran pihak kami disambut mesra oleh tok batin, ajk-ajk kampung serta penduduk masyarakat orang asli di kampung tersebut.