RAUB. 23 November 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam melayu Pahang Cawangan Raub telah melaksanakan Program Pengimarahan Surau Perkampungan Masyarakat Orang Asli Pos Satak,Raub.Program ini turut mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Islam,Penggerak JAKIM,PEPIMA lantikan MUIP dan imam surau kampung tersebut.Objektifnya adalah untuk beramah mesra dengan penduduk kampung,pemantapan akidah dan penyampaian sumbangan barang kering bagi aktiviti keagamaan di surau tersebut.Penduduk kampung menzahirkan penghargaan kepada pihak MUIP kerana sudi menziarahi kampung dan menyampaikan sumbangan.Program tersebut telah berjalan dengan jayanya di atas kerjasama semua pihak yang terlibat