TEMERLOH. 25 November 2020 – Che Nurasikin@Che Nordin bin Che Othman dan Isteri, dari Kampung Padang Tenggala, Temerloh mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada pagi selasa di rumahnya. Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mempunyai seramai 5 orang tanggungan yangmana semua anak anaknya masih bersekolah. Isteri beliau seorang suri rumah yang mempunyai penyakit kanser usus dan memerlukan perbelanjaan tambahan bagi rawatan tersebut. Isteri beliau mempunyai kemahiran menjahit pakaian, dan amat memerlukan mesin jahit bagi membantu ekonomi keluarga, memandangkan mesin jahit sedia ada sudah rosak. Permohonan beliau bagi memohon bantuan zakat peralatan telah diluluskan dan peralatan yang dimohon adalah berupa 1 unit Mesin Jahit Tepi Industri beserta alatan menjahit yang bernilai RM 3000.00 . Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau sekeluarga menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa.

#asnafzakat #caknaasnaf #muiptemerloh #muippahang