ROMPIN. 25 November 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin berkesempatan untuk menyantuni keluarga Encik Kamarul Nizam Bin Abdul Rahim di Kampung Rantau Panjang. Encik Kamarul Nizam yang merupakan pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis Kronik baru sahaja dipotong kaki kirinya akibat jangkitan kuman, menyebabkan beliau tidak lagi mampu untuk bekerja. Isteri beliau pula terpaksa mengambil cuti tanpa gaji buat sementara waktu untuk menguruskan suaminya yang baru sahaja menjalani pembedahan pemotongan kaki. Pasangan suami isteri ini juga masih menanggung 4 orang anak yang bersekolah. Dalam kunjungan berkenaan, Pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin turut menyampaikan sedikit bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga Encik Kamarul Nizam. Bantuan yang bersesuaian akan diusahakan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga berkenaan.