KUALA LIPIS. 08 September 2020 – Majlis Ugama Islam Pahang cawangan Lipis bersama briged dakwah bagi kampung-kampung di dalam Pos Lenjang telah menziarahi penduduk-penduduk asli di Pos tersebut.
Sekitar 4 buah kampung dilawati antaranya Kampung Rakoh, Kampung Dayok,Kampung Sop dan Kampung Nangka.
Majoriti orang asli di Pos Lenjang ini beragama islam dan sentiasa dipantau perkembangan dan permasalahan mereka oleh pihak MUIP daerah Lipis.
Program bermula pada jam 2.00 petang dan ziarah bergerak dari kampung ke kampung dan mereka menerima sumbangan hamper berbentuk makanan dari pihak MUIP Lipis.
Program ini bertujuan membina dan merapatkan lagi ukhuwah diantara para pendakwah dengan penduduk orang asli di samping mendengar dan berbincang permasalahan yang ada.