KUALA LIPIS. 18 Ogos 2020 – Sambutan Maal Hijrah tahun ini diadakan di Kampung Pantos,Pos Lanai,Lipis pada 18 hingga 19 Ogos 2020 bersamaan dengan 28 dan 29 Zulhijjah 1442H.
Program berlangsung selama 2 hari 1 malam bekerjasama dengan JAKIM,PAID Lipis,Daie Belantara,Pembantu Penggerak Lipis dan Penggerak Lipis.
Antara pengisian program tersebut ialah kejohanan badminton,timbang bola takraw,sukaneka,pertandingan menyumpit dan hafazan.
Program dihadiri sekitar 150 penduduk orang asli setempat dan mereka memeriahkan program dengan menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
Ziarah rumah ke rumah juga diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan dan dalam masa yang sama menjemput penduduk hadir ke program sambutan Maal Hijarah.
Ceramah agama tentang sambutan maal hijrah diadakan pada sebelah malam yang disampaikan oleh saudara Shahdan bin Hassan selaku penceramah jemputan juga mendapat sambutan penduduk setempat.
Program ini juga dihadiri oleh Qadhi daerah Lipis iaitu Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail.