BERA. 19 November 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Bera dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Pembantu Penggerak Islam Masyarakat Asli (PEPIMA) telah berganding bahu menjayakan program sambutan maulidurrasul di kampung orang asli Pelawan. Kehadiran sekitar 70 orang bermula jam 3.00 petang dengan aktiviti gotong-royong bersama penduduk membersihkan kawasan surau serta diadakan juga pertandingan mewarna kategori kanak-kanak. Di sebelah malamnya pula diadakan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah bagi menolak wabak covid19. Selesai solat diteruskan pula dengan ceramah sempena maulidurrasul yang telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Daerah Bera iaitu Ustaz Ab Halim Bin Chik. Program berakhir pada jam 9.30 malam dengan sedikit jamuan.