KUALA LIPIS. 10 November 2020 – Sambutan yang menggalakkan dari penduduk orang asli di Kampung Orang Asli Belau,Pos Senderut memeriahkan lagi sambutan maulidur rasul anjuran MUIP Lipis.
Dengan kehadiran sekitar 80 orang penduduk termasuk kanak-kanak program berjalan dengan lancar dan kerjasama dari penduduk setempat juga amat baik.
Program bermula dengan pertandingan ilmiah,antaranya azan,hafazan al-fatihah,mewarna dan juga kuiz agama.
Kemudian disusuli dengan ziarah di sekitar kampung tersebut sambil beramah mesra bersama penduduk setempat.
Pada sebelah malam pula,dihiasi dengan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bersama penduduk dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Qadhi daerah Lipis.
Moga-moga program meraikan kelahiran Rasulullah SAW ini mendapat berkah dan meningkatkan lagi rasa cinta kepada Baginda SAW.