MUADZAM SHAH. 03 September 2020 – Muip Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kampung menziarahi 24 buah rumah asnaf di Kota Shah Bandar, Muadzam Shah. Antara tujuan program tersebut termasuklah ingin melihat sendiri keadaan rumah golongan yang kurang berkemampuan serta membuat pertimbangan apakah keperluan yang boleh dibantu melalui sumber zakat seperti baikpulih rumah, bantuan peralatan, bantuan perubatan, dan sebagainya.