TEMERLOH. 21 September 2020 – En Mohamad bin Busu Rerah dari Kampung Chating, Mentakab, Temerloh mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat Peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada Isnin. En Mohamad mempunyai tanggungan yang ramai dan kesemua anak anaknya masih bersekolah, berniaga kecil kecilan dengan membuat dodol bagi menampung sara hidup keluarga. Pihak MUIP telah memuluskan bantuan peralatan yang di pohonya iaitu 1 unit Mesin Dodol yang berjumlah Rm 5 000.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau sekeluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.