ROMPIN. 15 September 2020 – MUIP Cawangan Rompin telah menganjurkan satu Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra ke Kampung Orang Asli (KOA) Mentelong. Sebanyak 50 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi dalam Program kali ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Program ini turut dijayakan oleh Guru Briged Dakwah MUIP Rompin, Perkim Daerah Rompin dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di kampung ini.