CAMERON HIGHLANDS. 09 September 2020 – MUIP Cameron Highlands bersama Pejabat Agama Islam Daerah berkesempatan menziarahi keluarga arwah Zaifon yang telah kembali kerahmatullah di Kampung Telip (Dem Cheros) baru-baru ini. Turut serta Penggerak JAKIM dan Penyelaras Pembangunan Insan Masyarakat Asli (PEPIPMA CH) dalam menjayakan program ini disambut baik penduduk kampung. Setibanya di kampung pada lewat petang aktiviti memasak terus dilaksanakan dan majlis Tahlil arwah dan ramah mesra bersama penduduk dijalankan selepas Solat Isyak. Majlis diakhiri dengan pengislaman saudara baharu saudari Wak Juna A/P Rosli yang telah menerima hidayah Allah SWT.