ROMPIN. 25 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di dua buah kampung di Mukim Endau, Rompin iaitu Kampung Setajam dan Kampung Sarang Tiong. Program secara berkala ini diadakan bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf di dua buah kampung berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 15 keluarga dari Kampung Setajam dan 15 keluarga dari Kampung Sarang Tiong, menjadikan jumlah keseluruhan 30 keluarga telah diziarahi dalam program kali ini. Program ini turut dijayakan oleh MUIP Cawangan Muadzam Shah, JKKK Kampung Setajam, JKKK Kampung Sarang Tiong, serta Pejabat Penghulu Mukim Endau, Rompin. Penganjuran program Jejak Asnaf ini akan diteruskan lagi ke perkampungan-perkampungan lain di seluruh Daerah Rompin dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan disamping mengelakkan golongan berkenaan dari tercicir menerima bantuan zakat.