BERA. 16 September 2020 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Muip Cawangan Muadzam Shah dan juga Muip Cawangan Rompin telah menganjurkan Program Jejak Asnaf siri yang ke-3 bagi tahun 2020. Program pada siri yang ke-3 ini telah di adakan di 2 Kampung iaitu Kampung Kuala Bera dan Kampung Kuala Triang Daerah Bera. Program ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada Ketua Kampung Kuala Bera iaitu Encik Ahmad Al-Shaari bin Mohamad dan Ketua Kampung Kuala Triang iaitu Encik Adam bin Ismail. Program jejak asnaf ini juga turut dibantu oleh Amil Fitrah Kampung Kuala Triang iaitu Ustaz Ab Rahim bin Abas. Antara aktiviti yang telah diadakan, ziarah rumah ke rumah asnaf serta pemberian sumbangan barangan makanan (hamper fidyah). Sebanyak 40 buah rumah asnaf telah berjaya dijejaki. Ramai dikalangan asnaf yang telah dijejaki menghidapi masalah kesihatan antaranya sakit tua, masalah pendengaran, sakit terlantar, oku dan sebagainya. Program ini telah mendapat kerjasama serta sambutan yang baik dikalangan asnaf serta penduduk setempat di kedua-dua kampung tersebut.