RAUB. 13 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub telah melaksanakan Program Jejak Asnaf Siri ke-3 pada tahun 2020 di Kampung Sungai Lui. Program ini turut mendapat kerjasama dari Ketua Kampung En. Azman Bin Mustapa serta AJK Masjid Taman Mahabbah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat kunjungan dari rumah ke rumah asnaf yang tidak berkemampuan sebanyak 25 buah rumah. Program ini juga bertujuan bagi mengenal pasti asnaf yang berkelayakan untuk dibantu, Sumbangan berupa barang keperluan harian turut diserahkan bagi membantu meringankan bebanan sara hidup mereka. Pihak Majlis Ugama Islam akan terus melaksanakan program sebegini di masa akan datang bagi memastikan asnaf sentiasa terbela.