BERA. 08 Ogos 2020 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM & juga Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA) PETAMA telah menganjurkan Program Ziarah & Ramah Mesra bersama penduduk masyarakat orang asli Sungai Tuang Bera. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah rumah ke rumah, bancian penduduk kampung bagi mengumpul data dan maklumat ahli isi rumah untuk direkodkan serta penyerahan hamper barangan makanan kepada penduduk kampung tersebut. Jumlah keluarga yang telah diziarahi sebanyak 70 buah. Kehadiran pihak kami disambut mesra oleh tok batin serta penduduk masyarakat kampung orang asli Sungai Tuang.