CAMERON HIGHLANDS. 31 Julai 2020 – MUIP Cameron Highlands bersama Pejabat Agama islam Daerah telah berjaya menganjurkan ibadah korban pada tahun ini. Program ibadah korban ini telah diselaraskan bersama AJK Surau KOA Leryar dan AJK Surau Kuala Boh. Sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk islam setempat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Program ibadah korban ini juga akan diteruskan pada tahun akan datang dengan sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung dan Jabatan.