RAUB. 03 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan bantuan bencana rumah yang dihempap pokok kekabu hutan di Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub yang didiami oleh Jamsari Bin Rahmat. Beliau juga telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Raub. Bencana ini telah mengakibatkan kerugian yang besar hampir 90% bahagian rumah dan peralatan rumah mengalami kerosakan. Semoga bantuan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa.