RAUB. 26 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Resam Melayu Pahang Cawangan Raub dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) serta Tok Amil kawasan tersebut telah mengadakan Program Jejak Asnaf Siri 1/2020 di Kampung Keloi Raub. Program Jejak Asnaf ini antara pendekatan turun padang bagi menyantuni golongan asnaf secara terus bagi melihat keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan. Sebanyak 15 buah rumah telah diziarahi dan dipertimbangkan bantuan zakat yang sewajarnya. Program ini dilakukan secara berkala bagi menjejaki golongan asnaf dan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung.