ROMPIN. 05 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah menyantuni seorang ibu tunggal dan seorang asnaf warga emas yang hidup membujang dalam sebuah pondok usang di Kampung Jawa, Rompin. Ibu tunggal berkenaan menyara seorang anak yang terlantar berusia 9 tahun dan menghidap penyakit Cerebral Parsy serta seorang lagi anak berusia 7 tahun yang sedang bersekolah dengan bersumberkan gaji harian beliau yang hanya bekerja di pasar malam, manakla seorang lagi asnaf warga emas yang hidup membujang pula hanya bergantung kepada sumbangan yang tidak menentu dari individu mahupun mana-mana pihak bagi meneruskan kehidupan beliau. Beliau tidak lagi mampu bekerja disebabkan faktor usia. Bantuan yang selayaknya akan diusahakan buat mereka.