PEKAN. 29 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan, Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan dan Masjid Kampung Merchong telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Dan Pemantapan Akidah Di KOA Api Larat selama dua hari bermula 29 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. Program dimulai dengan Ziarah Mesra Dakwah daripada rumah ke rumah dan diikuti dengan acara Sukaneka, Malam Kebudayaan, Pertandingan Azan dan Iqamah dan Pemantapan Akidah. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YH Dato’ Indera Haji Aripin Bin Daud Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Daerah Pekan. Dengan hidayah Allah SWT seorang penduduk telah melafazkan syahadah memeluk Ad Din Islam.