PEKAN. 01 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah bersama-sama menjayakan Program Remaja Tahfiz (Prostar) Peringkat Daerah Pekan 2020 bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan bermula 29 Februari,2020 hingga 1 Mac,2020. Pentadbiran ini telah diberikan slot khas mengenai tajuk Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Program ini bertujuan bagi menyedarkan para pelajar mengenai cabaran dan ancaman semasa yang perlu dihadapi oleh ramaja dalam arus perdana. Selain daripada itu juga mereka boleh bertindak sebagai rakan sebaya yang dapat membantu remaja seusia daripada terjebak di dalam gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah dan kecelaruan jantina. Pogram ini telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pekan buat kali pertama dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan dengan penglibatan Pusat Pengajian Tahfiz di Daerah Pekan.