PEKAN. 28 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan telah mengadakan Program Kuliah Dhuha Perdana Bulanan sepanjang tahun 2020 ini. Program ini diadakan bagi menghidupkan waktu dhuha dan menyemarakkan program keilmuan dikalangan penjawat awam dan masyarakat. Kuliah Dhuha Perdana Bulan Januari telah disampaikan oleh Ustaz Norhamizi Bin Jamaluddin Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bertajuk Keberkatan Di Dalam Mencari Rezeki dan Bulan Februari disampaikan oleh Ustaz Mahmud Bin Mat bertajuk Pusaka atau Puaka? Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan kakitangan awam dan masyarakat setempat.