PEKAN. 03 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyaksikan seorang Penduduk Kampung Orang Asli RPS Runchang melafazkan syahadah. Ketika ditanya kenapa dia memilih untuk memeluk Agama Islam, dia berkata dia sekarang tinggal bersama Kakak Saudaranya yang telah memeluk Agama Islam dan tertarik dengan cara hidup yang ditunjukkan serta belajar mendalami Islam sedikit demi sedikit. Moga dia istiqomah dan akan terus dibimbing khususnya oleh Guru Briged Dakwah yang telah ditugaskan khas di Kampung Orang Asli RPS Runchang. Hadir bersama menyaksikan lafaz syahadah ini ialah Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Daerah Pekan.