PEKAN. 08 Januari 2020 – MARAN – Projek jelajah usahawan kali ini dimulakan dengan daerah Maran. Ramai peniaga kita di daerah ini nampaknya lebih cenderung dengan perniagaan berasaskan warung atau gerai makan. Fokus untuk jelalah disini lebih terarah kepada sejauh manakah peniaga kita menggunakan peralatan yang telah dibekalkan.

Sumbangan perlatan niaga seperti pemanas air dan dapur peletak lauk-pauk sangat bermanfaat untuk mereka. Hal ini bukan sahaja memudahkan urusan perniagaan malahan menjadi medium untuk tingkatkan kualiti dalam hidangan.

Daripada pemantauan ini juga dapat kita terokai hidangan atau juadah yang menarik di premis mereka. Lempeng nyiur dan roti canai, char kueh tiaw sememangnya telah menjadi menu utama serta daya tarikan bagi pelanggan yang selalu kesini.