PEKAN. 16 Januari 2020 – TEMERLOH – Karnival Usahawan Muslim pada tahun ini didahulukan jelajahnya di daerah Temerloh. Memilih Masjid Baru Temerloh sebagai lokasi karnival, ianya sesuai dengan tema pembelian produk pengeluar Muslim seperti Adabi, Faeza, Mee Muslim, susu Coklat Sedap dan banyak lagi

Usahawan asnaf dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ditawarkan tapak niaga untuk mempromosikan produk jualan masing-masing. Kebanyakan usahawan MUIP datangnya dari daerah Temerloh, Jengka dan Chenor mempertaruhkan produk jualan seperti air stevia, ayam gunting, ayam perap, sate serta makanan berat seperti laksa dan nasi lemak. Tidak ketinggalan juga mereka yang meletakkan produk kering seperti kek, bahulu, roti, kerepek pisang serta maruku untuk menarik minat pengunjung yang hadir.

Karnival jualan seperti ini dapat memperkenal kepada masyarakat tentang wujudnya produk-produk keluaran asnaf yang boleh dipandang tinggi dalam pasaran domestik. Ianya juga dapat melatih peniaga untuk mencari pasaran atau pelanggan dari pelbagai kelompok masyarakat dan citarasa.