PEKAN. 21 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Sekukuh,Tg Agas. Kejadian kebakaran yang berlaku pada 18hb Januari,2020 (Sabtu) sekitar jam 4.40 petang itu telah memusnahkan keseluruhan rumah mangsa. Ketika kejadian berlaku mangsa dan isterinya tiada dirumah kerana bekerja,namun begitu tindakkan pantas penduduk setempat memaklumkan kepada pihak bomba telah dapat mengawal kebakaran yang berlaku. Bantuan yang diberikan ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.