TEMERLOH. 09 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi serta menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Taman Sri Layang Mentakab pada 8 Ogos 2019. Kebakaran rumah yang melibatkan 2 keluarga Islam pada jam 4.30 pagi tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumah yangmana anggaran kerugian melebihi Rm 100 ribu manakala 1 keluarga lagi yang merupakan penyewa rumah kediama tersebut kerugian Rm 5000 berikutan terkena tempias api yang marak. Bantuan di sampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh serta bantuan dari Agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Semoga dengan sedikit sumbangan keewangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa sekeluarga.