TEMERLOH. 09 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Fakir & Miskin kepada pelajar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar, Lanchang tahun 2019 awal pagi ini. Seramai 327 orang pelajar sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM 32 700.00. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh di Dewan Sekolah tersebut. Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.