PEKAN. 24 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pelak, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bunut dan Masjid Kariah Pelak telah mengadakan program ziarah dan menyantuni golongan asnaf serta mereka yang memerlukan di Mukim Penyor 2 melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tanjong Cempaka, Kampung Pelak dan Kampung Bunut. Seramai empat puluh orang telah diziarahi dan dilihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan berdasarkan keperluan masing-masing. Dikalangan mereka terdapat pesakit kronik, bantuan modal peralatan dan rumah kediaman yang memerlukan penyelenggaraan. Program ini sentiasa diadakan dari masa ke semasa bersama komuniti sebagai pendekatan bagi memastikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan dapat dibantu sebaiknya.