ROMPIN. 11 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada 2 orang asnaf daerah ini, iaitu Encik Shamsurizal Bin Kamis dari Kampung Sarang Tiong dan Encik Haffizol Bin Jaafar dari Kampung Pianggu. Encik Shamsurizal yang diwakili oleh isteri beliau telah menerima bantuan peralatan bernilai RM 2000 berupa Mesin Pengadun 5 liter, sebuah oven, sebuah mesin pengisar, dan sebuah peti sejukbeku manakala Encik Haffizol pula menerima bantuan peralatan berupa mesin perah santan serta mesin kelapa yang bernilai RM 5500, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disampaikan berjumlah RM 7500. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf-asnaf berkenaan untuk meningkatkan usaha mereka menambah pendapatan keluarga seterusnya mengeluarkan diri mereka dari garis kemiskinan.