JENGKA. 10 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka (MUIP) telah melaksankan program jejak asnaf di Felda Jengka 20. Dalam program jejak asnaf tersebut 30 buah rumah telah diziarahi oleh MUIP Jengka.

Program jejak asnaf kali ini turut disertai oleh Tuan Hj. Ahmad Zaharuddin Bin Mohd Alias Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, kakitangan PAID Jengka, Pengurus Jengka 20, KKPW Jengka 20, Tok Empat Jengka 20, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid Felda Jengka 20.

Program jejak asnaf ini adalah program turun padang oleh MUIP Jengka secara kolaborasi dengan pemimpin setempat bagi memastikan golongan asnaf yang memerlukan dapat disantuni serta mengsyorkan bantuan yang sepatutnya untuk dibantu.