KUALA LIPIS. 19 Mac 2019 – Penduduk orang asli mualaf Kampung Bukit Long meluahkan rasa gembira kepada pihak Muip selepas berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah buat pertama kalinya di kampung tersebut.
‘Terima kasih la pada pihak Muip sebab buat kursus macam ni,mudah kami nak uruskan jenazah kalau ada kematian’luahan gembira Pak Hassan selaku penjaga surau KOA Bukit Long.
Kursus pengurusan jenazah tersebut di sampaikan oleh Ustaz Roslan,selaku Pengerusi Perkim daerah Raub dan diadakan di surau KOA Bukit Long.
Mendapat sambutan sekitar 30 orang penduduk setempat yang hadir bagi mendengar dan mempraktikan cara menguruskan jenazah di dalam kursus tersebut.
Kursus ini adalah antara pengisian yang dilaksanakan di dalam Program Ziarah Dakwah di Pos Senderut yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Antara KOA yang terlibat juga adalah Kampung Lubuk Muman dan Bukit Kenik,bersebelahan KOA Bukit Long.