TEMERLOH. 22 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang bagi tahun 2019 di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah awal pagi ini. Seramai 1014 orang pelajar sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat pendidikan yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM 114,000.00. Bantuan tersebut tekah disampaikan oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh dan Ibu pejabat MUIP serta Guru Besar sekolah. Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.