ROMPIN. 21 Mac 2019 – MUIP Cawangan Rompin telah mengagihkan bantuan Zakat Pendidikan sebanyak RM 46400 kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin. Program yang bertempat di Dewan Utama SMA Rompin itu dimulai dengan ucapan ringkas oleh wakil Pengetua SMA Rompin, seterusnya disusuli dengan tazkirah oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Rompin sebelum diakhiri dengan penyerahan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar SMA Rompin. Sebanyak 464 orang pelajar telah menerima bantuan berkenaan yang telah disampaikan oleh pegawai dan kakitangan dari MUIP Cawangan Rompin. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaiknya.