PEKAN. 20 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi pesakit kanak-kanak yang mengidapi penyakit Hidreanceply di Kampung Bentan. Nur Dalila Sofea Binti Zubir berusia tiga bulan dan kini sedang dalam rawatan serta pemantauan pihak hospital, berkemungkinan akan menjalani pembedahan pada bulan April 2019. Bapanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang dan ibunya pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, selain daripada Nur Dalila Sofea keluarga ini juga mempunyai dua orang anak yang masih belum bersekolah. Hasil ziarah dan maklumat yang diperolehi akan disyorkan bantuan bersesuaian dengan keperluan rawatan yang diperlukan bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga ini.