PEKAN. 01 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyantuni seorang pesakit terlantar yang merupakan bekas anggota tentera. Beliau sebelum ini telah dimasukkan ke Wad Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang tetapi masih tidak mampu untuk mengurus dirinya sendiri serta dibantu oleh isterinya yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Buat masa ini beliau juga masih belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adan Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mendapatkan makluman berkaitan dan akan disyorkan bantuan yang selayaknya.