ROMPIN. 14 Februari 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di sekitar Kawasan Bandar Lama, Rompin. Antara Kawasan yang terlibat adalah perkampungan-perkampungan di sekitar bandar lama Rompin seperti Kampung Tengah, Kampung Pulau Lang Kanan, Kampung Pulau Lang Kiri, Kampung Kolam, serta Kampung Bahagia. Program secara berkala ini telah diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 30 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Rompin serta Amil Zakat MUIP bagi kawasan berkenaan.