TERENGGANU, 17 Februari 2019 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1440H, Majlis Perasmian Kursus Tranformasi Da’ei Pembantu Penggerak Negeri Pahang tahun 2019 telah diadakan Institut Latihan Wilayah Timur (ILTIM) Besut, Terengganu. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula 8 Februari 2019 dan berakhir pada hari ini, 10 Februari 2019 yang disertai oleh 49 orang peserta. Mereka terdiri daripada kalangan Pembantu Penggerak serta Penolong Pegawai Dakwah MUIP. Antara objektif diadakan kursus ini ialah memberi pendedahan cara dan gaya penyampaian dakwah melalui media sosial. Selain itu juga, kursus ini bertujuan untuk memantapkan teknik berdakwah serta memperkasa usaha dakwah itu sendiri agar lebih sempurna dan tersusun. Antara slot program kali ini, bertajuk Komunikasi Dakwah dan Media Baharu, Pengurusan dan Kepimpinan Dakwah serta Cabaran Daei Masa Kini.Turut hadir, Pengurus Pusat TamadunMasyarakat Orang Asli (PETAMA), dan Pegawai ILTIM. Majlis diakhiri dengan dengan penyampaian sijil penyertaan dan penyerahan baju korporat kepada para peserta kurus serta duit saguhati. Sekalung penghargaan dirakamkan buat semua agensi yang terlibat iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Sk Permaisuri Nurzahirah Besut, Institut Latihan Wilayah Timur (ILTIM), Pembantu-pembantu Pengerak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.