PEKAN. 26 Disember 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada dua orang penerima iaitu di Kampung Jambu dan Kampung Mengkasar. Selain daripada bantuan berbentuk kerusi roda tersebut, bantuan-bantuan lain juga akan dilihat bersesuaian dengan keperluan terutama di dalam menampung kos mendapatkan rawatan berkala. Pentadbiran ini mengharapkan dengan bantuan yang diberikan akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan asnaf berkenaan.