ROMPIN. 24 Disember 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada Encik Mahathir Bin Yaacob dari Kampung Seringkin berupa Mesin Pengadun 10 Liter bernilai RM 1850. Encik Mahathir telah diwakili oleh isterinya pada penyerahan tersebut. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu Encik Mahathir ke arah meningkatkan pendapatan beliau bagi memenuhi keperluan harian beliau sekeluarga.