PEKAN. 13 Disember 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Jejak Asnaf di Mukim Pulau Rusa. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Pulau Rusa dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ubai, Telok dan Pulau Rusa.Sebanyak enam puluh buah rumah telah diziarahi dan akan dilihat bantuan yang boleh disampaikan, antaranya bantuan perubatan, sara hidup dan penyelenggaraan rumah kediaman. Program sebegini menjadi antara program turun padang secara kolaborasi dengan kepimpinan setempat bagi memastikan golongan-golongan asnaf yang memerlukan dapat disantuni serta dibantu.