RAUB. 10 Disember 2018 – MUIP Raub dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah telah bersama-sama menjayakan Program Sehari Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Bilut. Program dijalankan di Surau Kampung Sungai Bilut itu dihadiri oleh penduduk asli islam dan bukan islam. Antara program yang telah dilaksanakan ialah pertandingan mewarna, gotong-royong membersihkan surau, solat berjemaah, sukaneka dan pemutihan dokumen pengislaman dan pendaftaran pernikahan. Program berakhir pada jam 9.00 malam.