ROMPIN. 29 Oktober 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan zakat pelajar miskin berjumlah RM 10000 kepada 100 orang penerima dari SMK Rompin. Penyerahan bantuan berkenaan telah dilakukan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Rompin, diiringi oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari SMK Rompin.