ROMPIN. 23 Oktober 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan zakat peralatan kepada asnaf, Puan Kamisah Binti Arifin dari Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin. Beliau menerima bantuan peralatan berupa Mesin Basuh Automatik 10 kilogram serta Mesin Pengering 8 Kilogram yang bernilai RM 3000 secara keseluruhannya, untuk beliau mengusahakan perniagaan dobi secara kecil-kecilan di tempat beliau. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh asnaf berkenaan untuk meningkatkan pendapatan beliau demi untuk menyara diri dan keluarga.