PEKAN. 01 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Pekan telah menziarahi dan menyantuni pemohon bantuan zakat di Felda Chini 2 dan Perumahan Komuniti Bersepadu Bukit Kenau. Pendekatan turun padang ini sentiasa dilakukan bagi melihat sendiri keadaan dan keperluan pemohon supaya bantuan yang disalurkan memenuhi keperluan sebenar pemohon. Selain daripada permohonan melalui borang khas yang telah disediakan, pentadbiran ini juga sering menerima maklumat daripada orang awam mengenai golongan-golongan asnaf yang memerlukan. Segala makluman yang diterima akan diambil tindakan agar bantuan dapat disalurkan sekiranya berkelayakkan.