PEKAN. 05 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Masjid Kampung Salong telah mengadakan Program Khairul Ummah berbentuk forum di Masjid Kampung Salong selepas Solat Fardhu Mahgrib. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan mencapai matlamat yang disasarkan iaitu menjelaskan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan menyemarakkan budaya ilmu dikalangan masyarakat. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan (Pegawai Agama Islam Daerah Pekan) dan Ustaz Nik Ibrahim Bin Nik Abdullah (Jabatan Agama Islam Pahang ) merupakan dua orang ahli panel yang telah diundang bagi mengupas serta menghuraikan tajuk forum iaitu Hijrah-Berubah Atau Diubah.